Innalilahi, Khabar Duka Dari Ezad Lazim telah Meninggal Dunia Si..(Baca Artikel Penuh)

Innalilahi, Khabar Duka Dari Ezad Lazim telah Meninggal Dunia Si..(Baca Artikel Penuh)



Post By Admin

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ezad Lazim, 42, reda dengan pemergian adik bongsunya, Mohd Rizal Mohamad Lazim, 35, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru- paru jam 3 petang, hari ini.


Mohd Rizal yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, sejak minggu lalu ditidurkan oleh doktor kerana jantung bergerak laju serta dikesan ada jangkitan kuman dalam darah pada 18 September lalu.


Ezad ketika dihubungi berkata, dia reda dengan pemergian itu dan ketentuan Allah buat Allahyarham adiknya.


"Saya tak dapat pun berjumpa arwah walaupun sudah sampai ke Kedah, semalam. Ahli keluarga saya yang lain juga tidak dapat melawat arwah sepanjang dia sakit dan dirawat di hospital," katanya kepada Sahabat Malaysia.


Menerusi laporan Sahabat Malaysia sebelum ini, Ezad memaklumkan adiknya itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas kurang sihat hampir sebulan akibat demam yang tidak menentu, namun ia bukan disebabkan jangkitan Covid-19.


Allahyarham Mohd Rizal yang masih bujang bekerja sebagai kakitangan kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.


Mohd Rizal juga tinggal bersendirian selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.


Ezad berkata, pengorbanan Allahyarham pada keluarga sangat besar kerana menjaga ibu bapa di kampung sehingga bapa mereka menghembuskan nafas terakhir pada 2019 dan ibu pula pada Ogos tahun lalu.

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Al-Fatihah...

Salam Takziah

‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 

‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ

‎آمِّيْن... 

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.


Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin...


‎اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...🤲🤲🤲🤲